Followers

07 August 2010

Seminar Suluk: Raikan Kepelbagaian Budaya

Seminar Memartabatkan Keagungan Sejarah Suluk
"Membangkitkan Sejarah yang Terendam"
Anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dgn kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, dll.
(Gambar: Ihsan daripada Nikonian Anbu a.k.a Abg Azmil)

          Julung kalinya saya diamanahkan untuk menjadi moderator bagi pembentangan berkaitan sejarah Suluk. Rasa berat kerana tiada langsung pengalaman, namun cabaran ini saya sahut juga! Demi kepercayaan Abg Fazil (Pengarah Program), Kak Ima (Exco Protokol), dll, sy usahakan untuk buat sehabis baik.


          First of all, kita cerita pasal baju dulu lah :) Oleh sebab baju ni baru digunakan sekali (sewaktu menjadi MC untuk Malam Bersama Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), maka saya gunakannya sekali lagi kali ini. Harap tak ada org perasan, hihi.
Baju sama kan? haha~
Bagi sesi pertama, saya mengendalikan 4 orang pembentang, iaitu:
Fazil bin Ajak (Pengarah Program): Istilah Suluk
-Sem. 5 Pendidikan B. Melayu
- Kaum Suluk
Nelly Gilob: Perbandingan Antara suku kaum Suluk dengan suku kaum Dusun
- Sem. 3 Kesusasteraan Melayu
- Kaum Kadazan Dusun
Nordiana Abd Jabar: Islam di Sulu
- Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu UKM
- Semester akhir Sarjana Pendidikan Kesusasteraan UPSI
- Kaum Biduanda Negeri Sembilan
Yasmine Rosalind Md. Hairi: Kepelbagaian Masy. Suluk
- Sem. 3 Kesusasteraan Melayu
- Kaum Dusun Kimaragang
      Sesi ke-2 pula melibatkan Pensyarah-pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Jujurnya saya rasa sedikit gementar kali ini, takut tersilap cakap!
Prof. Madya Dr. Talib Samat: 
Tun Datu Mustapa-Bapa Kemerdekaan dan Pembangunan Sabah
Dr. Hj. Abd. Rahman bin Abd. Rashid: 
Datu Paduka Mat Salleh-Pahlawan Terbilang Melayu Sabah
          Sesi ke-3, tahap kegementaran semakin meningkat (gaban punya tahap!). Sebab ketika ini Timb. Speaker Dewan Negara (merangkap Ketua Wanita Umno Sabah), Senator Dato' Armani Hj. Mahiruddin ada di depan! Aduh mahu gugur jantungku rasanya!
En. Hatta Yunus Sawabi: Masy. Suluk-Cabaran dan Harapan
- Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Warisan, dan Kesenian Suluk, Sandakan
- Seorang guru yang gigih!
Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Rosli b. Saludin: 
Perbandingan Org Suluk Sabah dgn Org Minangkabau Negeri Sembilan
- Ketua Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu, FBK
- Pakar Rujuk N9
- Pegawai Khas YDP Besar N9


          Lapan pembentangan yang telah dipersembahkan benar-benar meninggalkan kesan dalam hati dan jiwa saya. Biarpun khalayak dalam Auditorium Utama tidak sesak, namun saya kira pengisiannya cukup mantap. Kekurangan dan kelompongan tu, biasa lah kan... Biar apa pun jua kaum kita, pokok pangkalnya kita dari rumpun yang sama


          Kredit dan syabas saya ucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak Semester 5 Pendidikan B.Melayu atas kegigihan mereka menjayakan seminar ini. Terima kasih memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya untuk mencuba, jujurnya menjadi moderator agak seronok, biarpun tanpa teks. Cuma agak mengantuk dan bosan di atas pentas tu, hihi (saya hampir tertidur di atas sana!). Maaf atas segala kekurangan diri ini.
Kak Ima: Thanks kak!
MC: Fitriah & Abg Yahya- Mantop habis!
Apa pun, kita raikan kepelbagaian budaya.
Bukit sama kita daki. Lurah sama kita turuni. Lautan sama kita renangi.
Dato' Armani dan tetamu kehormat menuai padi
Penari Tarian Pangalay yang diterbangkan khas dari Sabah-
bersama Kak Raja dan Sarsaparilla Sazzy-GF Abg Mil (Perlu ke mention? haha~)


Beberapa ketika di pentas dengan Cikgu Hatta, sempatlah saya belajar serangkap pantun dlm bahasa Suluk,
"Magsukul pag lasahan, 
Pagtumtuman natu' katan, 
Suluk Minangkabau kasih hugutan,
Ayaw malawa ha atay pangitaan..."


Terima kasih semua! Ilmu yang diperoleh, moga Allah redai dan berkati!


p/s: Pujian itu bukan tandanya kita sudah bagus, kritikan pula tidak bermakna kita teruk. Hidup ini untuk belajar, belajar, dan belajar. Moga terhindar drpd ilmu yg tidak bermanfaat.
p/s: Terima kasih buat insan tersayang kerana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ini.


3 comments:

Anonymous said...

menarik ! :)

Amir Batrisya~ said...

syabas!!

anda sudah lakukan yang terbaik~

Nuraini Munawar said...

adik mus: da bomb tak? hihi~

mr. menjejak dewasa: banyak yg perlu diperbaiki. Rasa kekurangan perform tanpa kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...