Followers

20 December 2010

Alkisah sebuah perjuangan: DEBAT DIRAJA '10

Assalamualaikum dan salam ceria semua!
DUNIA DEBAT: Laharan dan cemuhan sudah menjadi makanan setiap hari. Frasa-frasa berbau longkang dan tajam menusuk jantung ibarat sudah sebati dalam jiwa (mungkin ada yang masih suci). 
Kenapa pendebat dikatakan sinonim dengan semua ini ya? Saya sedang mencari jawapan saintifik untuk persoalan ini. Analisis awal, mungkin kerana mulut merupakan senjata untuk memintas hujah semasa perdebatan, jadi situasi ini turut terbawa-bawa hingga ke luar persidangan.

Edisi Debat Diraja 2010 kali ini penuh ditemani oleh keluarga debat UPSI yang penuh warna ceria. Team Utama 1 dianggotai oleh Abg Bae. Kak Nad. Kak Faz. Abg Kadir, Utama 2: Abg Faizal. Abg Fawiz. Kak Aini. Din, Muda: Saya (Nora). Hisyam. Shahril. Madi. Persediaan kami tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain. Matlamat kami cuma BUAT SEHABIS BAIK! All out uollss!

Beraksi di kampung sendiri (UTHM, Parit Raja) melihatkan pelbagai kisah suka dan duka. Sejujurnya sepanjang berlangsungnya pertandingan ini, 4 kali (atau lebih) saya menitiskan air mata. Subhanallah, debat benar-benar menguji kecekalan dan ketabahan hati ini... Gugur air mata bila saya merasakan bahawa saya benar-benar memerlukan bantuan Madi ketika ketiadaannya. Madi terpaksa pulang awal menemani ibunya yg sakit tenat. Dalam keterpaksaan kami terpaksa melepaskan Madi sedangkan dialah mastermind team kami.

Maaf Syam, Shahril dan Moris (pengganti Madi) kerana mengalirkan air mata di hadapan kalian, ketika saat yang sangat genting! Saya benar-benar menggigil ketakutan apabila masa kuarantin sudah habis dan terpaksa masuk ke dewan dengan kertas kosong! Isu yang dibawakan oleh Dr. Ramzah benar-benar menguji mental! Sudahlah isunya mencabar, diolah pula dengan cara sebegitu.... Arrgh, memang menggugat tangkai hati! Lihatlah usul yang dibuat secara spontan oleh Dr. Ramzah ini:

Pusingan 1: Washington dan Tehran: Buku bertemu Ruas
Pusingan 2: Selat Tebrau Semakin Sempit
Pusingan 3: 'Green Party' merawat politik Malaysia
Pusingan 4: Blok Ekonomi menyongsang semangat globalisasi
Pusingan 5: Makdonalisasi (McDonaldization) memugar citra tempatan
Pusingan 6: Keranamu Myanmar, ASEAN lebih bermakna

Alhamdulillah, walaupun pelbagai masalah kami hadapi, selepas 6 pusingan, team Muda UPSI berjaya berada di ranking ke-4 daripada 40 pasukan. Syukurlah usul di suku akhir menentang UTP tak sesukar saringan, Koridor Pembangunan: Jawapan kepada kegagalan DEB. Kali ini air mata yg keluar bukan sebab kesedihan, tapi sebab kegembiraan, Allah membantu kami sekali lagi!

Usul separuh akhir menentang UITM A pula, Demi Alam yang kekal lestari, Dewan ini menyanggah Modifikasi Genetik. Gila kot lawan tajuk ni. Tapi saya sangat-sangat gembira kerana persidangan sangat sengit! Kami sudah mencuba yg tebaik, namun Allah menentukan segalanya. Kami terkandas di separuh akhir, tapi saya sangat gembira dan bersyukur! Sesungguhnya laluan untuk sampai ke tahap ini adalah sangat sukar. Semoga pencapaian ini membuka lembaran kejayaan yg lebih lagi dalam edisi debat yang akan datang, amiin ya Rabbal Alamiin...

Buat team Utama: Kalian telah mencuba yg terbaik. Pencapaian team muda juga kejayaan kalian! Abg Bae, thanks banyak-banyak kerana menyalurkan kekuatan kepada saya! Kekaguman saya atas pemikiran Abg Bae takkan pernah putus! Saya pasti merindui kehadiran senior-senior seperti kalian nanti... Sedih, namun apakan daya, setiap yang datang itu pasti akan pergi! Lumrah manusia, lumrah alam, lumrah dunia!

Buat pengiring: Anis, Abg Suhaimi, Zalie, Idris/Moris (juga simpanan team kami), terima kasih atas sokongan kalian! Saya sayang kamu semua!
ranking pendebat: ni je la yg i mampu u olls!
perjalanan team Muda UPSI selepas saringan
TERIMA KASIH YA ALLAH, KAU MAKBULKAN DOA HAMBA-MU YANG LEMAH INI. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN PENGUASA SELURUH ALAM INI. ALLAHUAKBAR. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. ASTAGHFIRULAH.

p/s: Semoga ibu Asmadi cepat sembuh, agar senyuman Madi yang menyejukkan hati semua orang itu akan terus terukir. Saya kagum akan ketenangan Madi.

Saya sedang merindui seseorang... Jauh di mata, tapi dekat dalam hati ini... Al-Fatihah buatnya.

SENYUM SELALU (^^)

2 comments:

Cikgu Akim said...

Tahniah kepada kalian atas pencapaian yang sangt hebat!Andai perjuangan ini mudah sudah ramai yang menyertainya..andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan sudah ramai yang berjaya!namun hakikat perjuangan bukan begitu..pedih..sakit semua kita yang laluinya rasa..namun perjuangan pasti terbalas dengan usahah..doa dan tawakal!!!

. said...

Tahniah. Usaha lagi pada masa akan datang,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...